Thursday, January 13, 2011

BORNEO INTERNATIONAL CAT SHOW 2011 -- KK SURIA SABAH

birman

suasana di ruang cat show


tengok jangan tak tengok

inilah dia acaranya

main coone, cool dan friendly

pure persian, selamba dan putih sgt, lovely!!

birman, dah jadi GC nie, adorable!!

BORNEO INTERNATIONAL CAT SHOW nie diadakan pada 11 - 12 Disember 2010 di KK Suria Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menariknya?! Ini saya nak kongsi nie, hehe ...

Tak silap saya, setahun hanya ada 2 kali International Cat Show diadakan di Sabah, iaitu awal tahun 2010 dulu, cat show pertama diadakan di 1Borneo. Menariknya, MASUK ADALAH PERCUMA. HARGA ISTIMEWA untuk makanan fancy feast dan purina. apa lagi, sesiapa yang ada anak anak kucing nie memang memborong sakan, hehe ...

OWNER KUCING RAMAI YANG FRIENDLY, tak berlagak dan sombong sampai takleh nak gambar atau sentuh kucing mereka. Tapi tak dinafikan, memang ada yang berlagak, hehe, yeahlahhh tuuu kan, layankan sajala, ahah ...

Memang puas hati melihat banyak sekali kucing berkumpul dalam satu tempat, ramai juga yang masuk bertanding nie dari pertandingan sebelumnya di Putrajaya, jadi kucing kucing tersebut kelihatan agak penat, tak macam biasanya, apatahlagi naik flight :-) tapi iyalah nak collect point untuk meraih GC, memang menarik ...


Tuesday, November 16, 2010

MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI

INI LAH DIA, MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI ABAD INI, BOBO. CARA TIDURNYA YANG TERBONGKANG SAKAN -- TAK TAHULAH WARISAN MANA NIE?! HEHE.

BOBO NIE JENIS SELAMBA. SELALUNYA ROCK KAPAK PUNYA GAYA, TAPI KADANG BLUES JUGAAAAA.

ENTAHLAH MIMPIKAN APA NIE, BAHAGIA BETUL, NIKMAT SANGAT TIDUR AGAKNYA, HEHE.

INILAH DIA, BERLAGAK MACHO -- MUKA NAK MENGORAT NIE, HEHEHE.


MEOWWWWWW!!

Thursday, November 11, 2010

SEKAPUR SIREH DARI TAMAN QASEH .. ..



Salam dan salam sejahtera kepada semua yang singgah bertandang. Taman Qaseh ini ditribute kepada para pencinta kucing walau dimana jua anda berada. Taman Qaseh ini bertujuan untuk berkongsi apa saja terutama tips dan penjagaan kucing kucing kita. 

Foto yang dipaparkan di side bar kanan blog ini adalah anak anak yang dikasihi keluarga besar kami. Kami juga mengalu alukan pautan bersama yang boleh dikongsikan.


SELAMAT DATANG KE TAMAN QASEH.